Sunday, December 21, 2014

SEMBELIT SELEPAS BERSALIN: Punca & Cara Mengatasi

Ramai antara ibu2 selepas bersalin mengalami masalah sembelit. Ikut pengalaman saya sendiri (melahirkan melalui pembedahan) saya juga pernah alami masalah ni. Kalau saya dulu, saya takut nak meneran kuat sgt sbb takut jahitan terbuka. Anda bagaimana? :)
Sembelit

Punca Sembelit Selepas Bersalin
1. Hormon progresteron yg tinggi menyebabkan sembelit semasa hamil
2. Sistem pencernaan berfungsi lebih perlahan selepas kelahiran
3. Ubat yang diberi utk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina, boleh menyebabkan usus berfungsi lebih perlahan dari biasa
4. Anda mendapat jahitan semasa kelahiran
5. Mengambil pil zatbesi atau ubat antidepresi
6. Melalui kelahiran yang dibantu seperti forceps
7. Pernah melahirkan bayi sebelum ini

Sembelit akan menjadi teruk jika tidak dirawat diperingkat awal

Tips Mencegah/Mengubati Sembelit Selepas Bersalin
1. Mula dengan rutin makan & minum yang teratur sejurus selepas bersalin. Makan makanan berserat tinggi & minum banyak cecair.
2. Bangun dari katil sebaik sahaja anda bersalin & berjalan secara dekat dikeliling wad/hospital (jika berada di hospital). Duduk/baring terlalu kerap akan menyebabkan sembelit jadi lebih teruk.
3. Terus ke tandas apabila terasa hendak buang air besar. Jangan melengah2kan kerana ia akan menyebabkan sembelit lebih teruk.
4. Buat senaman setiap hari, bagi menyihatkan usus anda
5. Ambil supplement tambahan seperti QASEH ADINDA yang kaya dengan serat yang boleh membantu atasi masalah sembelit

Bagaimana QASEH ADINDA boleh bantu atasi masalah Sembelit Selepas Bersalin?
QASEH ADINDA, supplement kesihatan yang kaya dengan khasiat MADU & KURMA. Kurma memang diketahui mempunyai khasiat serat yang tinggi yang bagus utk usus besar kerana ia melawaskan. Jadi inshaAllah dengan pengambilan QASEH ADINDA secara konsisten, masalah sembelit dapat diatasi disamping menjaga pemakanan & mengamalkan tips yang dinyatakan di atas :)



Berminat?
SMS/WA 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com
FB: Facebook.com/qasehgoldzunita
IG: @qasehgoldzunita

Monday, December 15, 2014

Apa itu Cyst & Fibroid?

Sebelum ni saya xberapa kisah sgt pasal Cyst ni.. Sebab dengan confident nya rasa "Ia xde kaitan dgn aku". Tapi, lately my period cycle xmenentu pulak. Selalu ok je ikut cycle. So kat situ dah risau dah.

Then I googled about possible disease yg berkaitan dgn ketakstabilan period ni. Ni before jumpa Gynecologist (pakar sakit puan) lah kan. Then terbaca this one article.. katanya ada kawan dia tiba2 xdatang period for sometime, perut dia pun mcm makin membesar. Bila diagnose, doctor jumpa Cyst. I was like.. okay.. I need to know about this. Cyst.

Apa itu Cyst?

Cyst adalah kantung yang dipenuhi dengan koleksi daripada cecair atau separa pepejal bahan yang membentuk pada ovari. cyst ini adalah agak biasa, tidak berbahaya dan boleh terjadi pada bila-bila masa, tetapi ia sering terjadi kepada wanita2 selepas melahirkan anak. Kebanyakan cyst ovari adalah asimptomatik, benigna, dan sembuh dengan sendiri dalam beberapa minggu tanpa rawatan.

Cyst boleh berlaku pada mana2 bahagian organ dalam badan samada pankreas, buah pinggang. ovari dah sebagainya. Ianya juga boleh berlaku pada lelaki dan wanita. So dalam artikel ni saya nk jelaskan mengenai Cyst Ovari atau Ovarian Cyst.



Jenis-jenis Cyst Ovari

Cyst Ovari  ni ada 6 jenis:
1. Follicular cyst. – mengandungi air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada  waktu subur/ovulation, ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan. Tidak perlu dibedah.

2. Corpus luteal cyst. – Bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah/ ovulation dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum ialah untuk menguatkan kehamilan di peringkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut kemudian. Kadang-kadang ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.

3. Hemorrhagic cyst. – cyst yang mengandungi darah, ia boleh bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, perdarahan berlaku ke dalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.

4. Ruptured ovarian cyst. – menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.

5. Endometriotic cyst. ovary – mengandungi darah kotor, merosak ovary, saluran fallopio dan rahim.. Perlu dibedah.

6.  Dermoid cyst ovary -  atau terratoma mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah


Apa itu Fibroid?

Ovarian cyst dan fibroid ni kedua-duanya sama iaitu sejenis ketumbuhan. Bezanya,  fibroid ni terdiri dari tisu yang padat dan hanya berada pada rahim. Tapi ovarian cyst terdiri dari cecair atau semi-solid dan berada dalam ovari.


Punca Cyst & Fibroid
1. Ketidakseimbangan hormon dalam badan
Cyst Ovari & Fibroid ni berpunca dari penghasilan hormon estrogen yang banyak dalam badan. Penghasilan hormon estrogen yg banyak ni disebabkan oleh beberapa faktor termasuk hormon yang menyerupai estrogen (xeno).

Xeno ni pula terhasil daripada toksin hasil daripada penggunaan bahan seharian yang mengandungi BPA (seperti botol plastik), phthalates (bahan dlm plastic atau getah) dan sebagainya. Pendek kata, memang susah nak hindari Xeno ni sebab dalam kehidupan seharian kita memang dikelilingi oleh bahan2 seperti ini.

2. Obesiti
Lemak yang berlebihan dalam badan berupaya mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ini mampu untuk mengganggu kestabilan hormon2 di dalam badan. Dalam kes yang lebih berat, boleh berisiko untuk mendapat kanser.

3. Genetik
Jika ada ahli keluarga anda yang mempunyai masalah ini, kemungkinan besar anda juga berisiko untuk mendapat penyakit yang sama.


Simptom Ovarian Cyst & Fibroid
Jika anda mempunyai simptom tersebut, anda perlu berjumpa terus dengan Pakar Sakit Puan.
  • haid yang tidak teratur / berpanjangan
  • sakit perut
  • sakit ketika hubungan kelamin
  • perut membuncit
  • pendarahan abnormal

Rawatan Ovarian Cyst & Fibroid
Kebanyakan doktor tidak menggalakkan pembedahan jika Cyst/Fibroid itu tidak besar & tidak bahaya. Kerana walaupun pembedahan telah dilakukan kemungkinan Cyst & Fibroid untuk tumbuh semula tinggi.

Sebagai rawatan alternatif, anda boleh mencuba pemakanan sunnah - QASEH GOLD ADINDA (Wanita) atau QASEH GOLD KEKANDA (Lelaki)


Bagaimana QASEH GOLD ADINDA & KEKANDA boleh membantu mengecutkan Cyst & Fibroid?

Qaseh Adinda & Kekanda mempunyai kandungan bahan seperti Madu, Kurma, Habbatus sauda, Buah tiin (fig), Minyak zaitun, Delima dan Air zam-zam bersama Za'faran (Safran), Garam Kristal dan pelbagai herba terpilih lain serta Gingko dan Gum Arabic yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi. Qaseh Adinda turut menggabungkan herba khusus untuk wanita iaitu Pegaga, Manjakani dan Markisa. Qaseh Kekanda turut menggabungkan herba khusus untuk lelaki iaitu Guarana, Ashwaganda dan Tribulus.


Bagaimana Qaseh Gold Adinda/Kekanda bertindak untuk melawan Cyst & Fibroid?
Bahan2 dalam Qaseh Gold ni (seperti madu, kurma, habbatus sauda, etc) boleh membantu untuk menstabilkan hormon dalam badan. InshaAllah bila hormon estrogen diseimbangkan, ia boleh mengecutkan Cyst & Fibroid.

Kurma juga mengandungi anti-oksida seperti polifenol, sterol, tanin, dan karotin yang mampu untuk mencegah kanser atau dalam kes ini boleh membunuh hormon xeno yang menyebabkan Cyst & Fibroid.

Jadi, apabila hormon estrogen sudah stabil & hormon xeno juga sudah tiada, inshaAllah Cyst & Fibroid mampu dikecutkan & anda tidak perlu membuat pembedahan bagi membuang Cyst & Fibroid itu lagi.  


Jadikan makanan sunnah ini makanan alternatif utk perubatan Cyst & Fibroid, inshaAllah boleh membantu utk kecutkan penyakit.. Harga pun inshaAllah mmg berbaloi & murah utk produk bagus & berkualiti mcm Qaseh Gold Adinda & Kekanda ni :)


Berminat?
SMS/WA 0133986129
Email: zunitaramli@gmail.com
FB: Facebook.com/qasehgoldzunita
IG: @qasehgoldzunita